Tuesday, 6 March 2012
MAKLUMAN
PSS mengalu- alukan penghasilan karya sajak: Anti Dadah. Sila hantar karya anda ke kaunter perpustakaan selepas kembali cuti persekolahan iaitu pada 19 Mac 2012.Anda juga boleh email karya anda kepada pss.smkwm@gmail.com.
Friday, 2 March 2012
TENTANG PssSMKWM
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan agensi dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran serta pembelajaran. Antara kemudahan yang terdapat di PssSMKWM adalah, perkhidmatan fotostat, LCD, komputer, sumber keratan akhbar, sumber bahan internet, printer, ASTRO, ruang rujukan / ruang membaca, permainan dalaman, bilik tayangan dan kemudahan internet (Wifi).
VISI PssSMKWM
- PSS cemerlang 2014.
MISI PssSMKWM
- Melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berilmu pengetahuan menerusi kegiatan penerokaan dan penjanaan maklumat sebagai persediaan ke arah e-komuniti.
MOTO PssSMKWM
- Pusat sumber tanggungjawab kita.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati merupakan sekolah harian biasa yang dibuka pada 4 Disember 1995. Sebelum sekolah ini dibina, kawasan tapak sekolah ini merupakan tapak penanaman pokok getah. sekolah ini dibina berhampiran dengan kawasan perumahan Wangsa Melawati Jalan Genting Klang sebagai pelengkap keperluan pendidikan dan kehendak masyarakat di sesebuah kawasan perumahan.
Dengan rekabentuk sekolah yang amat unik bangunannya, sekolah yang terletak di atas bukit ini terdiri daripada 4 blok bangunan tiga tingkat. Sekolah ini juga dilengkapi dengan kantin lelaki dan perempuan serta sebuah bangunan bagi Makmal Komputer, bersesuaian dengan kemajuan dan keperluan kemahiran teknologi maklumat.

Subscribe to:
Posts (Atom)