Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Melawati merupakan sekolah harian biasa yang dibuka pada 4 Disember 1995. Sebelum sekolah ini dibina, kawasan tapak sekolah ini merupakan tapak penanaman pokok getah. sekolah ini dibina berhampiran dengan kawasan perumahan Wangsa Melawati Jalan Genting Klang sebagai pelengkap keperluan pendidikan dan kehendak masyarakat di sesebuah kawasan perumahan.
Dengan rekabentuk sekolah yang amat unik bangunannya, sekolah yang terletak di atas bukit ini terdiri daripada 4 blok bangunan tiga tingkat. Sekolah ini juga dilengkapi dengan kantin lelaki dan perempuan serta sebuah bangunan bagi Makmal Komputer, bersesuaian dengan kemajuan dan keperluan kemahiran teknologi maklumat.
No comments:
Post a Comment